Sunday, March 21, 2010

Rahsia bermula dengan pantas, tanpa dalih dan tanpa alasan

Bolehkah dalih dan alasan mendatangkan kejayaan, kebebasan dan kewangan?Tentu tidak boleh. Tapi, yang tak boleh itulah yang selalu diamalkan. Hajat dimulut hendakkan kejayaan, kebebasan, kewangan tetapi dihati sentiasa menyediakan dalih dan alasan demi alasan. Dalih dan alasan ini makin hari makin membesar hingga membentuk satu tembok besi yang kuat mengepung diri sendiri. Salah siapa? salah diri sendiri kerana diri sendirilah yang menyediakan tembok besi itu. Akhirnya utk menyedapkan hati, orang ini akan berkata "MLM bukan citarasa saya"MLM tak boleh", memang tak boleh".

Padahal dia sendiri telah melihat dan mendengar orang-orang biasa yang berusaha berlandaskan MLM akhirnya memperoleh kejayaan, kewangan dan kebebasan. org-org seperti ini tak ubah seperti cerita musang yang mahu mendapatkan anggur. Musang melompat-lompat mahu mendapatkan segugus anggur. ia melompat beberapa kali, berusaha untuk memperolehi anggur yang manis itu, namun gagal. kerana kecewa dan tak dapat mencapai anggur itu, untuk menyedapkan hati, musang mengatakan,"Ah, anggur itu masam".
Adakah anda bergaul dengan org-org yang seperti ini? jika anda bergaul, tak lama kemudian anda akan menjadi seperti mereka, byk dalih, byk alasan. dan selalunya org yang banyak dalih, banyak alasan akan menyesal dikemudian hari. jadi, bagaimana caranya supaya anda boleh bertindak pantas? tanpa dalih, tanpa alasan?

Anda sudah "sign up". Anda sudah faham sistem. Peralatan menaja ditangan anda. Tapi, bila saja anda hendak berganjak, tiba-tiba sahaja yang buruk-buruk datang menghalang anda. Fikiran anda tanpa disuruh mula mencari-cari "mengapa mesti tidak perlu bertindak?' macam-macam alasan yang diperolehi. kerana itu yang dicari, itulah yang diperolehi. "susahlah, tak payahlah, lain kalilah".dan alasan-alasannya berterusan. dalam masa kurang satu minit, alasan dan dalih sudah bertimbun. Peralatan diletakkan kembali dan diri sudah menjadi "lembik". Alangkah ruginya dia. Alasan, prasangka buruk, dalih telah menghalang dirinya. Diluar sana sebenarnya ramai yang menanti, mencari-cari peluang untuk mengatasi masalah kewangan. sebenarnya ramai yang menunggu kedatangannya.

Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh pakar psikologi WW Wagar pada tahun 1963, "Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri". Apa yang anda jangkakan itulah masa depan anda. jika anda menjangkakan tidak ada orang yang nak masuk MLM, maka itulah sebenarnya masa depan anda. Bukan terjadi pada masa depan, tetapi terjadi sebaik sahaja mengeluarkan jangkaan, prasangka, dalih dan alasan.

Sekali lagi, bagaimana cara untuk mendapat penawar penting bagi penyakit enggan bertindak? memang ada formula untuk anda bertindak dengan pantas.Formulanya mudah: TINDAKAN..

Thursday, February 18, 2010

LAMBAIAN LABUAN


Welcome to Labuan..26/2/2010 - 28/2/2010

Wednesday, February 10, 2010

KITA BUKAN PENUNDA

Assalamualaikum....buat semua rakan kongsi dan juga pelawat blog ini....

Kita tidak dapat menunda satu pekerjaan. Buat apa menunda pekerjaan itu apabila kita dapat melakukannya sekarang.Waktu tidak pernah menunggu kita.Waktu tidak dapat dipanggil kembali.Waktu juga tidak dapat diulangi. Waktu pergi dan tetap pergi apabila kita tidak merebut peluang yang datang.

Hukum alam, bagi meraih apa-apa kejayaan kita mesti lakukan sekarang. ada yang menunda kerja kerana mereka takut. Ada yang takut dengan risiko. Bagi mereka, risiko itu dapat memberikan penderitaan dan kegagalan. Cuba kita fikirkan, setiap pergerakan kita, semuanya berisiko. Oleh itu, buat apa takutkan risiko, tetapi hadapilah risiko dengan tabah, terancang dan berani.

Ada upline yang suka menunda masa servicing, ada downline yang menunda masa untuk bertindak dan ada prospek yang menunda masa untuk sign up. Mereka tidak akan memberikan kejayaan. Menunda tidak memberikan kekuatan dan menunda tidak memberikan kesempurnaan. Seelok-eloknya lakukan sekarang.Apabila kita menunda masa, dengan sendirinya kejayaan juga tertunda atau tidak diraih.Jadi, marilah kita sama-sama bertindak...insyallah kejayaan pasti menjadi milik kita...

Monday, February 8, 2010

Tip Untuk Hidup Mewah

1. Potong Kad Kredit
Ambil gunting , buka dompet dan potong kad kredit anda. Sememangnya kad kredit berhantu. Kad itu hanya akan memerah wang anda dengan cak interest yang amat tinggi, paling tinggi dalam industri kewangan (tak termasuk along). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya setiap bulan anda terpaksa membayar interest kad.

Katakan interest dalam 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%?Tiada maknanya!Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda 'bocor' dek membayar caj2 kad kredit itu.

2. Jaga Emosi
Siapa kata wanita sahaja yang rajin berbelanja?Lelaki juga tidak kurangnya. Kajian menunjukkan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja drpd lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.

Jaga emosi kita dalam berbelanja. 90% keputusan belian adalah keputusan emosi anda untuk menarik belian anda. Sering kali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan sesuatu belian, ulangkan berkali-kali dalam fikiran anda, "Jaga emosi...jaga emosi...jaga emosi!"

3. Pakar Satu Bidang Kewangan
Anda tidak perlu pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu membaca buku2 kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam SATU bidang kewangan sahaja.

Maksudnya pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Sebagai contoh anda minat untuk join biz Hai-O. Tumpukan kepada bidang kewangan itu sahaja. Kaji dan baca buku2 berkenaan perniagaan ini. Apa yang lebih penting datang meeting / seminar2 khas bagi menajamkan ilmu kita berkaitan biz ini.

Dalam mendalami sesuatu bidang kewangan itu, anda boleh pelajari pelbagai kaedah menggandakan kewangan melalui bidang tersebut. Itu sahaja sudah cukup untuk membantu hidup kita lebih mewah.

4. Hutang Yang Bagus
Setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus?Bukankah semua hutang tak bagus?

Hutang yang bagus bermaksud hanya berhutang pada perkara2 yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah, kerana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan kerana bakal menambah pendapatan.

Manakala berhutang untuk melancong, membeli perabot, membeli kereta, pelaburan adalah tidak bagus kerana pulangannya yang tidak seberapa dan nilai barang menjadi susut. Sangat tidak berbaloi !

5. Baca 30 Minit
Kebanyakan kita tidak membaca walaupun satu buku. Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambah kepakaran kita?Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka semakin lambatlah gaji kita akan naik disebabkan kurangnya ilmu.

6. Cari Kawan Baru
Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan2 yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan2 baru ( prospek kita dalam biz ). Secara tak langsung pengeluaran kita meningkat dan dapat menjalinkan silaturrahim sebagaimana yang dituntut oleh Allah kita. Apapun jangan abaikan kawan2 yang sengkek tadi, teruskan bina dan jalinkan hubungan, walaupun dia sengkek, di sisi Allah kita tak tahu.

Thursday, January 7, 2010

Catatan Perjalanan Ibadah Umrah 09

2009 merupakan tahun keramat saya bersama suami menjadi tetamu Allah yang merupakan ibadah Umrah pertama saya sejak saya dilahirkan. Manisnya, ibadah Umrah ini adalah tajaan Hai-O Marketing sepenuhnya yang berkolaborasi dengan syarikat haji/umrah terunggul di Malaysia, Tabung Haji Travel. Selepas mendapat tahu, saya dan suami layak untuk terbang bermujahadah mengerjakan ibadah Umrah, diri ini melonjak kegembiraan, tidak sabar rasanya untuk saya mengabdikan seluruh jiwa raga ini di hadapan Baitullah secara live. Saya sangat bersyukur di usia sebegini telah diberi peluang untuk sampai ke tanah haram. Ini semua adalah ketetapan dan rancanganNya atas usaha dan perjuangan saya dalam biz Hai-O ini yang tidak kenal erti putus asa.

Sejak bermulanya intensif Umrah/Tokyo 2009 kepada pengedar Hai-O, saya sudah memulakan azam dan tekad bahawa saya mesti buat untuk realisasikan hasrat ini. Berdasarkan pengalaman yang baru 5 bulan ketika itu, saya yakin mampu untuk laksanakan yang terbaik untuk diri saya dan rakan kongsi. Untuk fight intensif ini sebenarnya sangat mudah dan mudah. Apa yang penting KERJASAMA....dan jangan ada rasa putus asa, niat sudah disematkan, rukun dan sunat perlu disempurnakan sebaik mungkin.

Penerbangan MAS bertanggungjawab memastikan keselamatan kami untuk sampai ke destinasi pertama iaitu Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah. Perjalanan 8 jam 15 minit sangat tidak terasa kerana seronoknya diri ini yang bakal menjejakkan kaki ke bumi yang penuh dengan sirah perjuangan dakwah Rasulullah dan para sahabatnya. Walaupun baru pertama kali menaiki kapal terbang, perasaan takut itu telah dilindungi dengan perasaan gembira untuk cepat sampai ke bumi Mekah dan Madinah. Suami ku di sisi nampak tenang je, sambil mulut berkumat-kamit memuji kebesaran Allah, tidak lupa juga menasihatiku agar tenang dan sentiasa berzikir tanda rasa syukur dengan peluang dan ruang yang Allah berikan kepada kami. Pengalaman suamiku menceritakan suasana dalam kapal terbang, sudah pun ku rasai dan sangat berbangga kerana negara luar pertama yang ku lawati adalah bumi yang penuh rahsia keajaiban Allah.

Rombongan pertama Hai-O Marketing mengerjakan ibadah Umrah adalah dari group Taipan 181 yang membawa hampir 200 orang yang juga merupakan kumpulan teramai yang layak mengikuti intensif hebat ini. Dalam kapal terbang, hampir 100% group Taipan Umrah menguasai kerusi dan tempat yang disediakan. Aku mesti duduk dengan suamiku, ternyata hajatku kesampaian. Seronoknya!!..Syukur ya Allah. Perjalanan sangat berjalan lancar. Sekali sekala bersembang dengan abang, tapi suamiku sibuk melayan Arabian sebelah dia. Badar namanya. Sempat juga suamiku promote Bio Aura kat dia, sebab dia pun ada buat biz kat jalan Bukit Bintang K.L. Dia pun berminat dan nak tahu profil syarikat lebih mendalam. Suamiku kata insyaAllah kita akan follow up, yang penting niat kita sekarang untuk buat ibadah, biz tolak tepi dulu.

Jam 8.30 malam waktu Arab Saudi kami telah selamat sampai di Lapangan Terbang King Abd Aziz, Jeddah. Proses kemasukan mengambil masa hampir 3 jam sebelum kami dijemput oleh pegawai tabung haji di lobi lapangan terbang. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan besar yang masing2 ditempatkan dalam bas mewah berhawa dingin menuju ke Madinah al-Munawarah. Sepanjang perjalanan kami di beri pengisian ilmu berkaitan kelebihan dan sejarah bumi Mekah dan Madinah selain galakan banyakkan berzikir dan bersalawat oleh Mutawif dari pihak Tabung Haji. Kami dimaklumkan perjalanan memakan masa 6-7 jam untuk sampai ke bandar Madinah. Mata kami terasa letih sehingga terlelap sehinggalah kami terjaga di perhentian antara Jeddah dan Madinah. Di sini semua jemaah Umrah mengambil kesempatan untuk melaksanakan solat jama' Isya' dan Maghrib. Selepas itu, pihak tabung haji menyediakan makanan kepada kami sebelum meneruskan perjalanan menuju ke destinasi.

Subhanallah!!kini masjid Nabawi tersergam indah bercahaya di depan mata ku. Sesuailah dengan namanya Madinah al-Munawwarah ( Bandar Bercahaya ). Alunan selawat dan Salam khusus buat Rasulullah S.A.W dilafazkan dengan semangat sekali. Jam menunjukkan 3.00 pagi. Selesai check in, aku terus bergegas untuk ke Masjid Nabawi yang jaraknya hanya 50 meter dari hotel kami. Kami menginap di hotel Move n Pick ( 5 star hotel ). Subhanallah...besarnya masjid Nabi ni, yang asalnya hanya beratapkan daun kurma dan berdindingkan batang kurma kina gah menjadi masjid yang agung dan terulung di muka bumi ini. Subhanallah hati ini bergetar dan tidak terasa air mata meleleh ketika menjejakkan kaki di dataran Masjid yang Agung ini..begitu kecilnya aku dibandingkan dengan keagunganMu..azan Shubuh pertama berkumandang, Aku masuk ke Masjid bersama ribuan orang dari pelbagai pelusuk dunia. Meremang bulu roma ini ketika azan kedua dikumandangkan. Aku bersama umat Islam sedunia melakukan solat shubuh pertama di Masjid Nabawi..akan bersambung..............!

Thursday, December 31, 2009

Anggap Masalah sebagai Cabaran

Salam Tahun Baru 2010...2009 baru sahaja melabuhkan tirainya...orang sibuk memperkatakan isu azam baru...sudah tentunya anda salah seorang daripadanya....apepun keperluan azam,yang menentukan adalah Allah s.w.t. sebagai hambanya kita hanya mampu merancang...maka berusaha dan bekerjalah,pasti di situ ada jalannya...

Apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah menganggap segala kepayahan,segala kesukaran dan segala masalah merupakan cabaran..bak kata Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah,dunia dan kehidupan dicipta sebahagiannya merupakan medan ujian,sudah tentu sebagai makhluk yang hidup kita akan berhadapan dengannya...maka tingkatkan kesabaran pasti ada keimanan dan ketakwaan dalam mengawal emosi ketika menghadapi segala bentuk masalah...insyaAllah..

Masalah ibarat satu perencah yang mempelbagaikan rasa dalam masakan, ia adalah penentu sejauh mana tabahnya kita dalam menghadapi sesuatu perkara, bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikannya.

Seperti cabaran, masalah juga perlu diharungi..ia akan datang dan tetap mengejar...walaupun kita tak buat biznes....apa yang perlu dilakukakan ialah menyelesaikannya...

Cabaran dlm biz marketing adalah pelbagai kerana ia melibatkan hubungan secara langsung dengan manusia ( HABLUN MINAN NAS )...mengenali psikologoi manusia adalah satu kelebihan bagi memudahkan kita menjalankan biz marketing ini, tetapi ia bukan satu kemestian.

Sebagai contoh masalah yang sering dihadapai ialah PENOLAKAN....

1. Penolakan lumrah dunia. Sekiranya hari ini rakan baik anda enggan join, biarkannya dan doakannya berjaya dalam bidang yang diceburi..kita perlu fokus dan tetapkan matlamat dan terus maju ke hadapan..buktikan kepadanya yang kita mampu buat dan 'side income' kita ini sebahagian drp tapak kejayaan kita..SETIAP SATU PENOLAKAN YANG KITA HADAPI ADALAH SATU TANGGA LEBIH DEKAT KEPADA KEJAYAAN...(berdasarkan pengalaman )..

2. Kita perlu biasakan diri dengan cabaran ini...kita perlu belajar drpdnya..mula2 pasti kita akan berasa hampa, tetapi alah bisa tagal biasa...lama kelamaan kita akan biasa dengan penolakan dan akhirnya kita tahu bagaimana berhadapan dengannya...

3. Buat perancangan dengan rapi...sekiranya hari ini kita bertemu lima orang dan dua bersetuju, pastikan esok anda bertemu dengan 10 orang baru supaya angkanya berganda...lagi ramai orang baru kita jumpa,lagi besar peluang kita mendapatkan ahli baru...

Kita perlu fokus dan terus buat tanpa menghiraukan orang lain..ingat matlamat kita dan tetapkan impian...ini semua adalah pengalaman yang perlu kita terima....cuba bayangkan apabila kita berjaya kelak, pastinya ada kemanisan di situ....percayalah!

Sentiasa berbincang dengan upline,pasti beliau mempunyai cara ataupun penyelesaian yang baik dan kreatif...ada masalah perlu berbincang, jangan tanggung sorang2 sebab kita buat berkumpulan....

Orang takut menghadapi cabaran tidak akan berjaya...jangan berumah ditepi pantai sekiranya takut pada ombak yang melanda...

(Kisah di atas berdasarkan sepanjang pengalaman saya dalam biz Hai-O ini sejak mula diperkenalkan..InsyaAllah jika ada kesabaran pasti ada kejayaan )

Ahlan Wasahlan 2010



"Welcome 2010" buat para usahawan-usahawan Hai-O@Taipan 181..tingkatkan gerak kerja,jangan ada istilah putus asa dalam kamus hidup...pastinya anda adalah ikon CDM 2010 yang dicari...!

Template by - Abdul Munir - 2008