Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang murni dan mulia sebagaimana hadith riwayat At-Tirmizi, daripada Abu Sa’id Al Khudriy r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ahli perniagaan yang benar lagi jujur dibangkitkan bersama para Anbiya’, Siddiqin dan Syuhada’.”
Bidang keusahawanan ini, jika dijalankan dengan baik dan betul, ia mampu memberikan suatu pulangan dan ganjaran yang hebat dan berkali-kali ganda. Hakikat ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w. bahawa sembilan persepuluh daripada punca rezeki itu adalah dalam bidang perniagaan.
Namun begitu, bidang keusahawanan tidak wajar disalah-erti dan dilihat hanya untuk mengejar keduniaan semata-mata dan meninggalkan akhirat. Malah bidang keusahawanan boleh menjadikan sesuatu bangsa dan umat itu menjadi kuat dan dihormati. Sejarah telah membuktikan bahawa bidang keusahawanan tidak diketepikan dalam Islam malah Rasulullah s.a.w. sendiri adalah merupakan usahawan yang berjaya sebelum diangkat menjadi Rasul. Bukan saja Rasulullah, malah isteri pertama baginda, Siti Khadijah juga merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya. Bukankah Rasulullah s.a.w. dan Siti Khadijah merupakan dua insan terbaik di sepanjang zaman yang patut dicontohi?
BERTEMU DI PUNCAK KEJAYAAN!



