Thursday, January 7, 2010

Catatan Perjalanan Ibadah Umrah 09

2009 merupakan tahun keramat saya bersama suami menjadi tetamu Allah yang merupakan ibadah Umrah pertama saya sejak saya dilahirkan. Manisnya, ibadah Umrah ini adalah tajaan Hai-O Marketing sepenuhnya yang berkolaborasi dengan syarikat haji/umrah terunggul di Malaysia, Tabung Haji Travel. Selepas mendapat tahu, saya dan suami layak untuk terbang bermujahadah mengerjakan ibadah Umrah, diri ini melonjak kegembiraan, tidak sabar rasanya untuk saya mengabdikan seluruh jiwa raga ini di hadapan Baitullah secara live. Saya sangat bersyukur di usia sebegini telah diberi peluang untuk sampai ke tanah haram. Ini semua adalah ketetapan dan rancanganNya atas usaha dan perjuangan saya dalam biz Hai-O ini yang tidak kenal erti putus asa.

Sejak bermulanya intensif Umrah/Tokyo 2009 kepada pengedar Hai-O, saya sudah memulakan azam dan tekad bahawa saya mesti buat untuk realisasikan hasrat ini. Berdasarkan pengalaman yang baru 5 bulan ketika itu, saya yakin mampu untuk laksanakan yang terbaik untuk diri saya dan rakan kongsi. Untuk fight intensif ini sebenarnya sangat mudah dan mudah. Apa yang penting KERJASAMA....dan jangan ada rasa putus asa, niat sudah disematkan, rukun dan sunat perlu disempurnakan sebaik mungkin.

Penerbangan MAS bertanggungjawab memastikan keselamatan kami untuk sampai ke destinasi pertama iaitu Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah. Perjalanan 8 jam 15 minit sangat tidak terasa kerana seronoknya diri ini yang bakal menjejakkan kaki ke bumi yang penuh dengan sirah perjuangan dakwah Rasulullah dan para sahabatnya. Walaupun baru pertama kali menaiki kapal terbang, perasaan takut itu telah dilindungi dengan perasaan gembira untuk cepat sampai ke bumi Mekah dan Madinah. Suami ku di sisi nampak tenang je, sambil mulut berkumat-kamit memuji kebesaran Allah, tidak lupa juga menasihatiku agar tenang dan sentiasa berzikir tanda rasa syukur dengan peluang dan ruang yang Allah berikan kepada kami. Pengalaman suamiku menceritakan suasana dalam kapal terbang, sudah pun ku rasai dan sangat berbangga kerana negara luar pertama yang ku lawati adalah bumi yang penuh rahsia keajaiban Allah.

Rombongan pertama Hai-O Marketing mengerjakan ibadah Umrah adalah dari group Taipan 181 yang membawa hampir 200 orang yang juga merupakan kumpulan teramai yang layak mengikuti intensif hebat ini. Dalam kapal terbang, hampir 100% group Taipan Umrah menguasai kerusi dan tempat yang disediakan. Aku mesti duduk dengan suamiku, ternyata hajatku kesampaian. Seronoknya!!..Syukur ya Allah. Perjalanan sangat berjalan lancar. Sekali sekala bersembang dengan abang, tapi suamiku sibuk melayan Arabian sebelah dia. Badar namanya. Sempat juga suamiku promote Bio Aura kat dia, sebab dia pun ada buat biz kat jalan Bukit Bintang K.L. Dia pun berminat dan nak tahu profil syarikat lebih mendalam. Suamiku kata insyaAllah kita akan follow up, yang penting niat kita sekarang untuk buat ibadah, biz tolak tepi dulu.

Jam 8.30 malam waktu Arab Saudi kami telah selamat sampai di Lapangan Terbang King Abd Aziz, Jeddah. Proses kemasukan mengambil masa hampir 3 jam sebelum kami dijemput oleh pegawai tabung haji di lobi lapangan terbang. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan besar yang masing2 ditempatkan dalam bas mewah berhawa dingin menuju ke Madinah al-Munawarah. Sepanjang perjalanan kami di beri pengisian ilmu berkaitan kelebihan dan sejarah bumi Mekah dan Madinah selain galakan banyakkan berzikir dan bersalawat oleh Mutawif dari pihak Tabung Haji. Kami dimaklumkan perjalanan memakan masa 6-7 jam untuk sampai ke bandar Madinah. Mata kami terasa letih sehingga terlelap sehinggalah kami terjaga di perhentian antara Jeddah dan Madinah. Di sini semua jemaah Umrah mengambil kesempatan untuk melaksanakan solat jama' Isya' dan Maghrib. Selepas itu, pihak tabung haji menyediakan makanan kepada kami sebelum meneruskan perjalanan menuju ke destinasi.

Subhanallah!!kini masjid Nabawi tersergam indah bercahaya di depan mata ku. Sesuailah dengan namanya Madinah al-Munawwarah ( Bandar Bercahaya ). Alunan selawat dan Salam khusus buat Rasulullah S.A.W dilafazkan dengan semangat sekali. Jam menunjukkan 3.00 pagi. Selesai check in, aku terus bergegas untuk ke Masjid Nabawi yang jaraknya hanya 50 meter dari hotel kami. Kami menginap di hotel Move n Pick ( 5 star hotel ). Subhanallah...besarnya masjid Nabi ni, yang asalnya hanya beratapkan daun kurma dan berdindingkan batang kurma kina gah menjadi masjid yang agung dan terulung di muka bumi ini. Subhanallah hati ini bergetar dan tidak terasa air mata meleleh ketika menjejakkan kaki di dataran Masjid yang Agung ini..begitu kecilnya aku dibandingkan dengan keagunganMu..azan Shubuh pertama berkumandang, Aku masuk ke Masjid bersama ribuan orang dari pelbagai pelusuk dunia. Meremang bulu roma ini ketika azan kedua dikumandangkan. Aku bersama umat Islam sedunia melakukan solat shubuh pertama di Masjid Nabawi..akan bersambung..............!

Template by - Abdul Munir - 2008