Pesanan
Khidmat Bakti TAIPAN 181
FUTURISTIK BIL 77
ANUGERAH FORBES KALI KE 3
DDM SURIATY
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami : 012-6347054
TERKINI
1 HATI
Search this Blog
Thursday, February 18, 2010
Wednesday, February 10, 2010
KITA BUKAN PENUNDA
Assalamualaikum....buat semua rakan kongsi dan juga pelawat blog ini....
Kita tidak dapat menunda satu pekerjaan. Buat apa menunda pekerjaan itu apabila kita dapat melakukannya sekarang.Waktu tidak pernah menunggu kita.Waktu tidak dapat dipanggil kembali.Waktu juga tidak dapat diulangi. Waktu pergi dan tetap pergi apabila kita tidak merebut peluang yang datang.
Hukum alam, bagi meraih apa-apa kejayaan kita mesti lakukan sekarang. ada yang menunda kerja kerana mereka takut. Ada yang takut dengan risiko. Bagi mereka, risiko itu dapat memberikan penderitaan dan kegagalan. Cuba kita fikirkan, setiap pergerakan kita, semuanya berisiko. Oleh itu, buat apa takutkan risiko, tetapi hadapilah risiko dengan tabah, terancang dan berani.
Ada upline yang suka menunda masa servicing, ada downline yang menunda masa untuk bertindak dan ada prospek yang menunda masa untuk sign up. Mereka tidak akan memberikan kejayaan. Menunda tidak memberikan kekuatan dan menunda tidak memberikan kesempurnaan. Seelok-eloknya lakukan sekarang.Apabila kita menunda masa, dengan sendirinya kejayaan juga tertunda atau tidak diraih.Jadi, marilah kita sama-sama bertindak...insyallah kejayaan pasti menjadi milik kita...
Posted by
ct
at
3:39 AM
0
comments
Monday, February 8, 2010
Tip Untuk Hidup Mewah
1. Potong Kad Kredit
Ambil gunting , buka dompet dan potong kad kredit anda. Sememangnya kad kredit berhantu. Kad itu hanya akan memerah wang anda dengan cak interest yang amat tinggi, paling tinggi dalam industri kewangan (tak termasuk along). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya setiap bulan anda terpaksa membayar interest kad.
Katakan interest dalam 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%?Tiada maknanya!Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda 'bocor' dek membayar caj2 kad kredit itu.
2. Jaga Emosi
Siapa kata wanita sahaja yang rajin berbelanja?Lelaki juga tidak kurangnya. Kajian menunjukkan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja drpd lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.
Jaga emosi kita dalam berbelanja. 90% keputusan belian adalah keputusan emosi anda untuk menarik belian anda. Sering kali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan sesuatu belian, ulangkan berkali-kali dalam fikiran anda, "Jaga emosi...jaga emosi...jaga emosi!"
3. Pakar Satu Bidang Kewangan
Anda tidak perlu pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu membaca buku2 kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam SATU bidang kewangan sahaja.
Maksudnya pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Sebagai contoh anda minat untuk join biz Hai-O. Tumpukan kepada bidang kewangan itu sahaja. Kaji dan baca buku2 berkenaan perniagaan ini. Apa yang lebih penting datang meeting / seminar2 khas bagi menajamkan ilmu kita berkaitan biz ini.
Dalam mendalami sesuatu bidang kewangan itu, anda boleh pelajari pelbagai kaedah menggandakan kewangan melalui bidang tersebut. Itu sahaja sudah cukup untuk membantu hidup kita lebih mewah.
4. Hutang Yang Bagus
Setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus?Bukankah semua hutang tak bagus?
Hutang yang bagus bermaksud hanya berhutang pada perkara2 yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah, kerana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan kerana bakal menambah pendapatan.
Manakala berhutang untuk melancong, membeli perabot, membeli kereta, pelaburan adalah tidak bagus kerana pulangannya yang tidak seberapa dan nilai barang menjadi susut. Sangat tidak berbaloi !
5. Baca 30 Minit
Kebanyakan kita tidak membaca walaupun satu buku. Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambah kepakaran kita?Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka semakin lambatlah gaji kita akan naik disebabkan kurangnya ilmu.
6. Cari Kawan Baru
Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan2 yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan2 baru ( prospek kita dalam biz ). Secara tak langsung pengeluaran kita meningkat dan dapat menjalinkan silaturrahim sebagaimana yang dituntut oleh Allah kita. Apapun jangan abaikan kawan2 yang sengkek tadi, teruskan bina dan jalinkan hubungan, walaupun dia sengkek, di sisi Allah kita tak tahu.
Posted by
ct
at
12:13 AM
0
comments
Sudah Tukar Filter Bio Aura?
Hubungi : 012-6347054
Rakan Kongsi Yang Hebat
DSM Zamira ( 0123018162 )
Rakan-Rakan Kongsi Tersayang
DSM NORAZLINA ( 0123461878 ) & DSM ZURINA ( 0192552774 )




