Thursday, December 31, 2009

Anggap Masalah sebagai Cabaran

Salam Tahun Baru 2010...2009 baru sahaja melabuhkan tirainya...orang sibuk memperkatakan isu azam baru...sudah tentunya anda salah seorang daripadanya....apepun keperluan azam,yang menentukan adalah Allah s.w.t. sebagai hambanya kita hanya mampu merancang...maka berusaha dan bekerjalah,pasti di situ ada jalannya...

Apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah menganggap segala kepayahan,segala kesukaran dan segala masalah merupakan cabaran..bak kata Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah,dunia dan kehidupan dicipta sebahagiannya merupakan medan ujian,sudah tentu sebagai makhluk yang hidup kita akan berhadapan dengannya...maka tingkatkan kesabaran pasti ada keimanan dan ketakwaan dalam mengawal emosi ketika menghadapi segala bentuk masalah...insyaAllah..

Masalah ibarat satu perencah yang mempelbagaikan rasa dalam masakan, ia adalah penentu sejauh mana tabahnya kita dalam menghadapi sesuatu perkara, bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikannya.

Seperti cabaran, masalah juga perlu diharungi..ia akan datang dan tetap mengejar...walaupun kita tak buat biznes....apa yang perlu dilakukakan ialah menyelesaikannya...

Cabaran dlm biz marketing adalah pelbagai kerana ia melibatkan hubungan secara langsung dengan manusia ( HABLUN MINAN NAS )...mengenali psikologoi manusia adalah satu kelebihan bagi memudahkan kita menjalankan biz marketing ini, tetapi ia bukan satu kemestian.

Sebagai contoh masalah yang sering dihadapai ialah PENOLAKAN....

1. Penolakan lumrah dunia. Sekiranya hari ini rakan baik anda enggan join, biarkannya dan doakannya berjaya dalam bidang yang diceburi..kita perlu fokus dan tetapkan matlamat dan terus maju ke hadapan..buktikan kepadanya yang kita mampu buat dan 'side income' kita ini sebahagian drp tapak kejayaan kita..SETIAP SATU PENOLAKAN YANG KITA HADAPI ADALAH SATU TANGGA LEBIH DEKAT KEPADA KEJAYAAN...(berdasarkan pengalaman )..

2. Kita perlu biasakan diri dengan cabaran ini...kita perlu belajar drpdnya..mula2 pasti kita akan berasa hampa, tetapi alah bisa tagal biasa...lama kelamaan kita akan biasa dengan penolakan dan akhirnya kita tahu bagaimana berhadapan dengannya...

3. Buat perancangan dengan rapi...sekiranya hari ini kita bertemu lima orang dan dua bersetuju, pastikan esok anda bertemu dengan 10 orang baru supaya angkanya berganda...lagi ramai orang baru kita jumpa,lagi besar peluang kita mendapatkan ahli baru...

Kita perlu fokus dan terus buat tanpa menghiraukan orang lain..ingat matlamat kita dan tetapkan impian...ini semua adalah pengalaman yang perlu kita terima....cuba bayangkan apabila kita berjaya kelak, pastinya ada kemanisan di situ....percayalah!

Sentiasa berbincang dengan upline,pasti beliau mempunyai cara ataupun penyelesaian yang baik dan kreatif...ada masalah perlu berbincang, jangan tanggung sorang2 sebab kita buat berkumpulan....

Orang takut menghadapi cabaran tidak akan berjaya...jangan berumah ditepi pantai sekiranya takut pada ombak yang melanda...

(Kisah di atas berdasarkan sepanjang pengalaman saya dalam biz Hai-O ini sejak mula diperkenalkan..InsyaAllah jika ada kesabaran pasti ada kejayaan )

Ahlan Wasahlan 2010



"Welcome 2010" buat para usahawan-usahawan Hai-O@Taipan 181..tingkatkan gerak kerja,jangan ada istilah putus asa dalam kamus hidup...pastinya anda adalah ikon CDM 2010 yang dicari...!

Thursday, November 12, 2009

Pembentangan MP Hai-O Taipan 181

Khamis ( 12/11/2009 ) - jam 10.00 malam, buat julung kalinya group Hai-O Taipan 181 memberi penghormatan pada saya untuk membentang 'marketing plan' yang telah dicipta khusus sejak sekian lama kepada para usahawan Hai-O..Alhamdulillah saya bersyukur kerana peluang yang diberikan ini dapat saya berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang bersama dengan group Taipan 181..kehadiran di TTC 2 malam tadi boleh dikatakan sangat memberangsangkan dan melihat wajah-wajah mereka penuh dengan keazaman dan impian untuk mengubah kehidupan....

Pembentangan tersebut berjalan dengan lancar, walaupun masa yang diberikan amat terhad...secara keseluruhannya, apa yang difikirkan sebelum pembentangan dapat disampaikan cuma satu perkara yang tertinggal..iaitu berkaitan isu Lubuk Emas dan Lubuk Membina Personaliti Diri....

Dalam membentangkan 'marketing plan' malam tadi sempat juga saya menyelitkan isu-isu semasa berkaitan hukum halal dan haram dalam Hai-O dan perbandingan biz marketing dan konvensional secara umumnya....Alhamdulillah, nampaknya ada "anggukan" dari para tetamu menandakan respons yang baik terhadap pembentangan yang saya sampaikan..walaupun saya bukanlah ilmuan agama yang hebat namun pencarian Ilmu tidak kira siapa sahaja, yang penting berguru dengan guru yang 'alim...

Berbalik kepada isu buat marketing merupakan Lubuk Emas...itu adalah persepsi dalam kalangan usahawan marketing...hakikatnya yang kita tidak sedar, biz marketing merupakan Lubuk Membina Personaliti Diri selain Lubuk Emas....dalam biz marketing kita boleh mengubah diri kita daripada baik kepada lebih baik...melengahkan masa kepada menepati masa....dan banyak lagi....ini merupakan pengalaman saya sendiri....beginilah cara hidup anda jika kita membina sebuah empayar marketing dalam hidup kita.....banyak lagi perkara terutama berkaitan dengan kehidupan berteraskan Ibadah......cth : Solat Dhuha, Solat Berjemaah, Doa-doa yang ma'thur....semua ini pasti anda akan cari dan laksanakan sekiranya ingin melihat BIZ anda diberkati dan jualan memberangsangkan sekaligus bonus yang semakin bertambah pada setiap bulan...kerana kita sebagai umat Islam yakin bahawa REZEKI itu datang dari ALLAH...so apa lagi yang kita perlu buat....tingkatkan lah amal Ibadah kerana itu sahaja senjata untuk memperolehi rezeki yang berkat.....

Tuesday, November 10, 2009

BERTINDAK AWAL, JAUHI SUKA BERTANGGUH

Salam ukhwah....
Jika anda memulakan perjalanan,anda pastinya bergerak lebih awal supaya dapat tiba awal ke destinasi.Menjalankan perniagaaan ini, sama seperti memandu kereta. cepat anda bertolak,cepat anda akan tiba. cepat bertindak, cepat juga anda akan berada di puncak jaya.
Jika hari ini anda diterangkan berkenaan pelan pemasaran dan anda dapat melihat peluang yang ada serta kejayaan yang dicapai oleh orang lain, mengapa kita perlu bertangguh?

Monday, November 9, 2009

Dari Kaki Tangga Ke Menara

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara

Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

Thursday, November 5, 2009

LONJAKAN PARADIGMA

Izinkan saya memetik firman Allah dalam surah At Talaq, ayat 2 higga 3…

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya”.

Ayat Al Quran ini adalah penyelesai terbaik pada masalah. Ayat itu memberitahu pada kita cara bagaimana kita nak menyelesaikan masalah keluarga, perhubungan, kesihatan dan kewangan.

Apa dia? Bertakwa.

Pada zaman Rasulullah, Auf bin Malik ditawan musuh. Ayahnya datang berjumpa Rasulullah untuk meminta nasihat serta pertolongan. Ayah Auf Bin Malik bernama Malik Al-Asyja’ii.

Apa jawapan Rasullah? Baginda menyuruh Malik Al-Asyja’ii supaya memperbanyakkan zikir dengan kalimah “لاحول ولاقوة إلا بالله العلي العظيم”.

Tak lama selepas tu, Auf bin Malik dapat melepaskan diri dan dia terus kembali ke pangkuan bapanya beserta unta-unta musuh. Bapanya bersyukur dengan apa yang berlaku.

Pengajaran dari kisah ni, dalam menyelesaikan masalah, dahulukan doa dan takwa pada Allah, selepas itu baru giatkan usaha.

Dari pengalaman sendiri, saya percaya yang masalah itu datang dari Allah dan kepada Allah jua masalah itu kembali.

Biasanya, penyelesaian-penyelesaian akan datang dalam bentuk pentunjuk (idea). Pentunjuk ini membuat kita jumpa dengan jalan keluar dari masalah yang dihadapi.

Wednesday, November 4, 2009


Kenangan mengerjakan Umrah diabadikan dalam Majalah Futuristik Hai-O Buletin Bil. 77 ( Sedang membeli susu unta )...10 hari di bumi Anbiya', jutaan kenangan yang tidak dapat kami lupakan....Terima Kasih Hai-O Marketing,..

Sunday, March 8, 2009

Seminar Seberang Laut ke Beijing

beijing
Tahniah buat warga Taipan yang telah qualified....yang belum teruskan cabaran ini!!

Wednesday, February 4, 2009

HAI-O Promo

Photobucket

Monday, January 26, 2009

New products drive Hai-O’s earnings

PETALING JAYA: A continuous flow of new products will ensure that Hai-O Enterprise Bhd’s earnings continue to be healthy in the financial year ending April 30, 2009 (FY09), according to financial controller Hew Von Kin.

The company, which is mainly engaged in manufacturing, wholesaling and multi-level marketing (MLM) of traditional herbal and pharmaceutical products, is mulling over a venture into the cosmetic and skincare segment next year.

“We’re looking at bringing overseas products, like those from South Korea,” Hew told StarBiz in a telephone interview yesterday. Presently, two of the company’s best selling products are the water filter and healthcare supplements. see more......

Template by - Abdul Munir - 2008