Izinkan saya memetik firman Allah dalam surah At Talaq, ayat 2 higga 3…
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya”.
Apa dia? Bertakwa.
Pada zaman Rasulullah, Auf bin Malik ditawan musuh. Ayahnya datang berjumpa Rasulullah untuk meminta nasihat serta pertolongan. Ayah Auf Bin Malik bernama Malik Al-Asyja’ii.
Apa jawapan Rasullah? Baginda menyuruh Malik Al-Asyja’ii supaya memperbanyakkan zikir dengan kalimah “لاحول ولاقوة إلا بالله العلي العظيم”.
Tak lama selepas tu, Auf bin Malik dapat melepaskan diri dan dia terus kembali ke pangkuan bapanya beserta unta-unta musuh. Bapanya bersyukur dengan apa yang berlaku.
Pengajaran dari kisah ni, dalam menyelesaikan masalah, dahulukan doa dan takwa pada Allah, selepas itu baru giatkan usaha.
Dari pengalaman sendiri, saya percaya yang masalah itu datang dari Allah dan kepada Allah jua masalah itu kembali.
Biasanya, penyelesaian-penyelesaian akan datang dalam bentuk pentunjuk (idea). Pentunjuk ini membuat kita jumpa dengan jalan keluar dari masalah yang dihadapi.




0 comments:
Post a Comment