Thursday, November 12, 2009

Pembentangan MP Hai-O Taipan 181

Khamis ( 12/11/2009 ) - jam 10.00 malam, buat julung kalinya group Hai-O Taipan 181 memberi penghormatan pada saya untuk membentang 'marketing plan' yang telah dicipta khusus sejak sekian lama kepada para usahawan Hai-O..Alhamdulillah saya bersyukur kerana peluang yang diberikan ini dapat saya berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang bersama dengan group Taipan 181..kehadiran di TTC 2 malam tadi boleh dikatakan sangat memberangsangkan dan melihat wajah-wajah mereka penuh dengan keazaman dan impian untuk mengubah kehidupan....

Pembentangan tersebut berjalan dengan lancar, walaupun masa yang diberikan amat terhad...secara keseluruhannya, apa yang difikirkan sebelum pembentangan dapat disampaikan cuma satu perkara yang tertinggal..iaitu berkaitan isu Lubuk Emas dan Lubuk Membina Personaliti Diri....

Dalam membentangkan 'marketing plan' malam tadi sempat juga saya menyelitkan isu-isu semasa berkaitan hukum halal dan haram dalam Hai-O dan perbandingan biz marketing dan konvensional secara umumnya....Alhamdulillah, nampaknya ada "anggukan" dari para tetamu menandakan respons yang baik terhadap pembentangan yang saya sampaikan..walaupun saya bukanlah ilmuan agama yang hebat namun pencarian Ilmu tidak kira siapa sahaja, yang penting berguru dengan guru yang 'alim...

Berbalik kepada isu buat marketing merupakan Lubuk Emas...itu adalah persepsi dalam kalangan usahawan marketing...hakikatnya yang kita tidak sedar, biz marketing merupakan Lubuk Membina Personaliti Diri selain Lubuk Emas....dalam biz marketing kita boleh mengubah diri kita daripada baik kepada lebih baik...melengahkan masa kepada menepati masa....dan banyak lagi....ini merupakan pengalaman saya sendiri....beginilah cara hidup anda jika kita membina sebuah empayar marketing dalam hidup kita.....banyak lagi perkara terutama berkaitan dengan kehidupan berteraskan Ibadah......cth : Solat Dhuha, Solat Berjemaah, Doa-doa yang ma'thur....semua ini pasti anda akan cari dan laksanakan sekiranya ingin melihat BIZ anda diberkati dan jualan memberangsangkan sekaligus bonus yang semakin bertambah pada setiap bulan...kerana kita sebagai umat Islam yakin bahawa REZEKI itu datang dari ALLAH...so apa lagi yang kita perlu buat....tingkatkan lah amal Ibadah kerana itu sahaja senjata untuk memperolehi rezeki yang berkat.....

Tuesday, November 10, 2009

BERTINDAK AWAL, JAUHI SUKA BERTANGGUH

Salam ukhwah....
Jika anda memulakan perjalanan,anda pastinya bergerak lebih awal supaya dapat tiba awal ke destinasi.Menjalankan perniagaaan ini, sama seperti memandu kereta. cepat anda bertolak,cepat anda akan tiba. cepat bertindak, cepat juga anda akan berada di puncak jaya.
Jika hari ini anda diterangkan berkenaan pelan pemasaran dan anda dapat melihat peluang yang ada serta kejayaan yang dicapai oleh orang lain, mengapa kita perlu bertangguh?

Monday, November 9, 2009

Dari Kaki Tangga Ke Menara

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara

Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

Thursday, November 5, 2009

LONJAKAN PARADIGMA

Izinkan saya memetik firman Allah dalam surah At Talaq, ayat 2 higga 3…

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya”.

Ayat Al Quran ini adalah penyelesai terbaik pada masalah. Ayat itu memberitahu pada kita cara bagaimana kita nak menyelesaikan masalah keluarga, perhubungan, kesihatan dan kewangan.

Apa dia? Bertakwa.

Pada zaman Rasulullah, Auf bin Malik ditawan musuh. Ayahnya datang berjumpa Rasulullah untuk meminta nasihat serta pertolongan. Ayah Auf Bin Malik bernama Malik Al-Asyja’ii.

Apa jawapan Rasullah? Baginda menyuruh Malik Al-Asyja’ii supaya memperbanyakkan zikir dengan kalimah “لاحول ولاقوة إلا بالله العلي العظيم”.

Tak lama selepas tu, Auf bin Malik dapat melepaskan diri dan dia terus kembali ke pangkuan bapanya beserta unta-unta musuh. Bapanya bersyukur dengan apa yang berlaku.

Pengajaran dari kisah ni, dalam menyelesaikan masalah, dahulukan doa dan takwa pada Allah, selepas itu baru giatkan usaha.

Dari pengalaman sendiri, saya percaya yang masalah itu datang dari Allah dan kepada Allah jua masalah itu kembali.

Biasanya, penyelesaian-penyelesaian akan datang dalam bentuk pentunjuk (idea). Pentunjuk ini membuat kita jumpa dengan jalan keluar dari masalah yang dihadapi.

Wednesday, November 4, 2009


Kenangan mengerjakan Umrah diabadikan dalam Majalah Futuristik Hai-O Buletin Bil. 77 ( Sedang membeli susu unta )...10 hari di bumi Anbiya', jutaan kenangan yang tidak dapat kami lupakan....Terima Kasih Hai-O Marketing,..

Template by - Abdul Munir - 2008